✔ Lagi Patung Terracotta Ditemui








ARKIB : 12/06/2012

BEIJING 11 Jun - Penggalian terbaru di China yang dimulakan pada 2009 berjaya menemui koleksi gres patung tentera Terracotta berusia 2,000 tahun dan beratus-ratus artifak lain.

Ahli arkeologi semalam mendedahkan 120 patung tentera Terracotta yang gres ditemui itu di Tapak Warisan UNESCO Qin Shihuang di wilayah Shaanxi.

Ia merupakan penggalian ketiga di tempat tersebut selepas ekskavasi pada 1974 dan 1985.

Artifak yang ditemui di barat China itu ditanam bersama Maharaja Pertama Dinasti Qin pada kurun ketiga sebelum Masihi.

Penemuan terbaru itu termasuk beberapa barangan yang belum pernah dilihat sebelum ini menyerupai dram perang dan alat perisai yang dicat.

Lebih 310 barangan kecil ditemui dalam penggalian terbaru itu serta 12 kuda diperbuat daripada tanah liat.

Selain itu, satu kotak peralatan untuk membaiki kereta kuda, busur silang dan beberapa barangan dicat memakai cat ungu khas buatan China turut ditemui.

Penggalian itu dijangka tamat dilakukan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Patung-patung tentera berkenaan akan dibawa ke muzium untuk pencucian sebelum dipamerkan bersama patung tentera yang ditemui sebelum ini.

Lebih 1,000 patung dengan mimik muka dan gaya rambut berbeza telah ditemui di tempat galian tersebut sebelum ini. - AGENSI



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm#ixzz3prlI3rQd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber http://psv3.blogspot.com

Berlangganan Informasi Terbaru:

Related Posts :

  • Nasi Krawu Bagi seserorang yang cinta kuliner, tentunya tidak ajaib lagi apa itu nasi Krawu, kuliner khas dari Kabupaten Gresik, Jawa Timur. … Read More...
  • Tradisi Udik-Udikan Pagi yang cerah menyelimuti langit awan Jalan Brigjend Katamso II A Waru Sidoarjo. Ketika itu kita sedang asyik bermalas-malasan di kamar … Read More...
  • Biografi Dan Keteladanan Gus Dur “Gus Dur tokoh penting dalam transisi demokrasi di Indonesia. Dia akan selalu dikenang atas komitmennya terhadap prinsip demokrasi, politi… Read More...
  • Menjadi Pengusaha Muslim Identitas Buku Judul Buku : Rahasia Bisnis Sahabat Nabi Penulis : Dr. Salman Tahun Terbit : 2012 Penerbit       &nb… Read More...
  • Model Pembelajaran Prima Model pembelajaran proyek berbasi riset dan duduk masalah (prima) merupakan model pembelajaran yang mengacu pada pembelajaran berbasis proy… Read More...

0 Response to "✔ Lagi Patung Terracotta Ditemui"

Posting Komentar